Recent Posts

Tuesday, September 18, 2012

Holland & Belgium

Assalamualaikum beautiful peeps, baru nak update pasal Holland & Belgium trip.
Khas untuk rakan2 kongsi, hari2 terakhir fight untuk LPLV ni, semoga dapat sedikit sebanyak boost semangat masing2. Its a worth fight, berbaloi perjuangan ni untuk kenangan seumur hidup. Sepanjang hayat bole bercerita dengan penuh kepuasan.

*selamat membaca dan ada lebih 65 keping pic ya untuk tengok dengan sabar*



 Ho Ho Ho Hollandddddd......


 
Ok kami berhimpun di KLIA on 11th April, pukul 9malam. Macam masa hantar ke Vietnam haritu, selain suami n anak2, mak baba n adik2 semua pun hantar di airport. N beloved partners, azma nazirah juga, setia menghantar ke airport, tengah sarat2 pun dia, sempat hantar saya. Seronok la Harish n Adam pusing satu KLIA tu. Ali follow aje.

 Family and frens.
Azma Nazirah, rakan kongsi pertama saya, setia bersama susah dan senang
--qualifier Vietnam & Guangzhou--
tapi dua2 trip tak dapat join sbb sarat, dan dalam pantang



Berlepas dalam pukul 12am, perjalanan ambil masa lebih kurang 13jam, straight ke Schipol Airport, Amsterdam. Langsung takleh tidur dalam flight, tidur2 ayam, sebab terlalu amat sgt excited. Pegi Europe nihhh. Can you believe??? Hihi

Sampai la kapal terbang nak mendarat, saya jenguk kat tingkap, Ya Allah udara n langit je pun dah Nampak berbeza. Lepas tu, Nampak pokok2 pulak, Subhanallah, lainnn sgt2 dari Malaysia, dari Vietnam. Mmg mcm tak percaya. Nampak kereta2, rumah2, highway, semuaaa Nampak lain. Suasana sangat2 berbeza. Mendarat je, Nampak dah wajah2 omputeh, ok terima la kenyataan, kita dah selamat tiba di bumi Eropah. 
Kami dah tiba di Amsterdammm. Yahooooo

Selesai kastam, masih di airport, tunggu semua selesai. Ramai2 berjalan nak ke bas. Sebaik pintu buka je, wahhhhh kami semua macam rusa masuk kampong sebab udara dia sangat2 lain. Mata pedih, muka sejuk, badan gigil, pastu bercakap je “fuhhhhh waaaa ada asap laaaa keluar” ahahaha mmg kelakar gila. N kami berjemaah nangis kesyukuran. Dapat rasa nikmat jejak ke Bumi Eropah. Ini perjuangan kami tahun lepas, akhirnya Berjaya kami jejaki. Alhamdulillah.

Teruskan perjalanan ke Brussels, Belgium ambil masa approx 2hours. Akan bermalam satu malam di Belgium. Berhenti kejap untuk minum pagi n etc.

upon the arrival from Schipol Airport, pit stop kejap minum2 panaskan badan




DAY 1

Straight to Atomium, pit stop pertama kami. Sessi bergambar. Ok mmg saya rasa cam jak-un kejap sebab semuaaaa Nampak lain. Mmg macam kera sumbang. Walaupun Nampak kecik, tp seriously mmg saya kalut rasa over excited sgt2. Pokok2, rumput2, bunga2, busses, the people, semuaaaa berbeza sgt2!!! 

 The Atomium



Selesai bergambar, kami di bawa makan tengahari di La Moule Sacree. Lepas tu terus ke Grand Place dan melawat Cheeky Manneken Pis. Sejarah monument budak lelaki kencing berdiri. Mesti ada sejarahnya. But honestly sampai harini belum sempat2 lagi saya nak google
 *silly me*

Cantikkk sgt2 bangunan2 di sini, sgt2 cantik. Nampak macam cerita2 dongeng dalam tv. Betullll. Sgt2 macam lukisan. Kat ceruk mana bergambar pun mmg sgt2 cantik. Kami di bawa berjalan, dan did some shopping. Chocolate and souvenirs

 Grand Palace & Cheeky Manneken Pis, Brussels


Selesai, kami terus dibawa ke Hotel. Thon City Centre Hotel. Malamnya Cdm Chan bawa kami jalan2 nearby the hotel, n belanja makan di McD. Kelakarrr bangat masa ni, excited punya pasal, kami tak bole beza gula n garam. Jadi kami minum tea dengan garam ahahaha. Sedappppp. Tq Cdm Chan for the treat.

McD Belgium nih, wooohooo
Tq Cdm




DAY 2

Pagi2 esok, selepas sarapan, siap2 bawa barang2 semua untuk check out. Terus bertolak ke Rosada Outlet. (dalam brochure tulis—disini anda dapat cari koleksi musim sebelumnya dama bentuk fesyen Eropah, jenama biasa dan juga mewah). Shopping sikit ole2 untuk family, yang selebihnya bergambar la macam biasa hihihi. Sbb view sangattt cantik..

 
  
 
Memories at Rosada Factory Outlet



Terus bertolak ke Amsterdam semula. Sampai2 je terus singgah makan di Restoran Halal Desa. Sampai2 je restoran ni, diorang ada wifi. Apa lagiii, terus on whatsapp n FB. Winduuu tak buka fb lama ni sehari suntuk. Cdm chan tegur kenapa tak makan, bila saya kata ada wifi, cdm terus jawab “wah kenapa tak cakap, ok on on” hihihi. Seronokkk sgt2 setiap kali trip, mmg cdm chan ada dengan kami.  Rasa sangat2 selamat and fun.




Selesai  luncheon terus ke Hard Rock Cafe, Amsterdam.  Shopping sourvenirs sikit, and bergambar lagi. hehe. And terus ke Dam Square. Tapi singgah dulu ke red light. Hihihi sila google apa itu Red Light di Amsterdam ya. Mmg kami speechless. Naim n Shima jalan peluk kami rapat2 tu, hihihi. Saya n Cha ok lagi, tutup mata ngn tangan tp intai2 jugak hihihihihihi

Malamnya check in di Hotel Mercure Amstel. Cunnnn biliknya. Yg paling cun ialah, ada wifi percuma!!! Horeyyy. Check notifications di FB, ada 43 ok. Hanya dr sekeping gambar di Antomium. Haa itulah penangan Europe!!!



Hard Rock Cafe Amsterdam



beautiful scenery



Terusan Amsterdam, cantikkkk sgt2 view kat sini



 
Kedai Dr Adam ehehehe winduuuuu anak2!!



Mercure Amstel Hotel, Amsterdam




DAY 3

Whole day tulips experiences. Seharian di Keukenhof Park. Kebun dapur tulips dalam bahasa mereka. Yess, taman ni also known as Taman Bunga Eropah, iaitu taman bunga terbesar di dunia. Can u imagine? Sangat2 sangat sangat sangat indah!!! Macam dalam dongeng fantasi yang biasa kita tengok dan baca masa kecik2 dulu, ya itulah keadaaan dia. Sangat2 cantik. Mmg macam mimpi. Masa saya sebut “macam mimpi”, cdm chan kata “u sudah sampai, mana ada mimpi” hihihi ya betul cdm, “betul la cdm, saya dah sampai”, hihihi. Seriusly tak ada kata2 bole nak saya gambarkan betapa indahnya taman ni. Sangat2 indah



 
 

 
  
 
Beautiful Heavenly Keukenhof



Selesai makan tengahari di restoran Inderapura. Sesi bergambar lagi hihi

kanak-kanak riang



Terus di bawa menaiki kapal, Glass domed waterbus. Menikmati pemandangan terusan Amsterdam, dan bangunan2 dari tebing terusan. Cantikkkkk!!!

Singgah untuk lawatan ke kilang batu permata dan berlian Gassan.  Diamond 121 cut!!!
Dan pulang semula untuk sambung shopping di Dam Square. Love it

Gassan & Dam Square
Different Shopping Experiences




DAY 4

Selesai sarapan, kami bergambar di luar hotel. Cantik sgt2 terusan belakang hotel. Amsterdam mmg kaya dengan terusan. N cantik!! 

Ok hari ke4 ni kami ke Zaanse Schans, kilang keju dan kilang kasut kayu. Tengok pembuatan original keju dan kasut kayu. Betul la, pegi Negara orang, makin banyak budaya dan pengalaman dapat kita belajar. Whose day Hollander experiences. Awesome!!!

 
view di luar hotel, magnificent!!!
 
 
 


 

  
 
Zaanse Schans




Sedapnyaaaa original fries in its original country




DAY 5

Ready to go home. Homesick already, hihihi. Tapi pengalamannya sangat2 luarbiasa. Sangat berbaloi bila dikenang kembali saat2 fight untuk Holland & Amsterdam, sesudah tiba dan menikmati sendiri keindahan Europe, it is all paid off. Even better!!!

Sepanjang di Holland & Amsterdam, boleh dikatakan almost 80% gambar2 saya di captured sendiri oleh Cdm Chan. Sebab tu gambar2nya cantikkk. Satu kenangan yang sentiasa terpahat di memori. Vietnam, Holland & Belgium, Guangzhou, kesemuanya kami bersama Cdm Chan & Madam. Seronok sangat2. Sebab masa trip macam ni la dapat duduk 5hari 5malam bersama pemimpin. Banyak ilmu diberi, macam2 pengalaman dikongsi. Priceless..


Home Sweet Home Malaysia



Next destinations is London & Paris. Almost everywhere on the net, boleh kata sedang hangat topic ni, LPLV. Semua orang bercerita tentang LPLV. Still in the running to fight, everybody has the same chance. As long as you are willing to fight, you still got the chance be the winner. Kepada rakan2 kongsi, percayalah, berbaloi sebulan ini untuk kita fight, seumur hidup kenangannya terpahat. Boleh cerita sepanjang hayat kepada anak cucu.

Anyone wanna join our next free fully sponsored trip???
reach  us
0192955996


No comments:

Post a Comment

----Bismillahirrahmanirrahim----

Ya Allah, Mohon Dilindungi Dari Penglihatan Orang-Orang yang Berniat Jahat

--Bismillahirrahmanirrahim--
“Ya Allah Tuhan yang Nurnya berada dalam rahsiaNya
dan rahsiaNya
berada di dalam makhluknya,
lindungilah aku dari penglihatan orang²
yang hasut dan orang² yang zalim,
seperti Engkau melindungkan roh
manusia dalam tubuhnya,
sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap² sesuatu.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...